Saturday 29 September 2012

Percutian ke BRUNEI DARUSSALAM & also MIRI la...

Sorry entry ni sepatutnya dah lama aku masukkan...Tapi, hari ni baru jer gatal tangan nak masukkan cerita ttg percutian bujang aku bersama rakan2 seangkatan...Trip kali ni dianggotai oleh aku, Za, Gee, Alia, Zyah, Ada, FLorengel dan Kak Aini. Kami bertolak dari Bintulu pada waktu tengahari sebanyak 3 buah kereta. Kami bercadang untuk menetap di Miri sebelum bertolak ke Brunei. Perjalanan dari Bintulu ke Miri mengambil masa selama 2 jam manakala dari Miri ke Brunei pula mengambil masa 2 jam 30 minit. Setibanya di Miri kami mencari2 inn yang paling murah dah selesa untuk kami bermalam..cari punya cari jumpalah Walk Inn yg sememangnya murah dan selesa. Inn ni terletak di belakang Bintang Mall. So, malam tu, bermalamlah kami di Miri sementara menanti esok pagi sebelum ke Brunei..

Aktiviti pertama : Makan2

Peserta rombongan (Ada xde dlm gmbr...die tukang amik gmbr) hehehe
Aktiviti kedua : Memanah

Yeayhhhh....Syok woooooo
Selesai sudah aktiviti malam itu..Kami balik tidoooo...battery charging for tomorrow activities...

Hari kedua Perjalanan ke BRUNEI....

Pintu masuk ke Brunei
Ok...now, we are heading to Bandar Seri Begawan. Hati teruja nak tahu negara orang. Jom kite tengok ape sebenarnya yang ada di Brunei tu yer...
Berjalan dan terus berjalan...
Pengalaman sedih bg kami adalah kami boleh terpisah sewaktu dalam perjalanan. Maklumlah sesat...terpaksa la pergi asing..Huhu...Sedih sedih....


Ni la pemandangan yang dapat di lihat di Bandar Seri Begawan.

Dan pengalaman paling best kami jumpa semula di Bandar Seri Begawan. Bandar kecil jer...Mestila jumpa semula kan..hehehhe

reunion..hahahha





Mengelilingi Kampung Air menaiki bot...



Itulah perjalanan kami Brunei, jalan-jalan, pusing, shopping then balik...Mungkin biasa saja bagi kami. Macam Malaysia juga. Cuma, negara Islam, bykla dapat dilihat, masjid dan istana yang megah dan besar-besar. Itu sahaja...petang tu lepas mkn KFC di Brunei kami bertolak semula ke Miri.


Pagi di Brunei. menikmati sarapan di restoran kegemaran...
Sebelum pulang, kami bercadang ke Taman Buaya Miri. Tempat ni mmg best juga la cuma xtahan bau buaya yg sedikit busuk sbb xmandi...eh mandi kn dh mmg dlm air..heehe...busuk sbb mandi xsabun....heheheh

ala-ala tugu negara gitu...
bersalam dengan kawan2 lama..heheheh

berebut nak naik buai nih....


Ala2 london gitu..bg makan merpati..hehehe


Jumpa teddy bear comel..hehehe.

Kena cium dgn kuda laut

bermanja dengan ular sawa...xtakut punnn..xtakuttt....hehehe

ala-ala cowboy gituuuuu......

okeyyyhhh...dahhh!!! jom balik Bintuluuuuuuu

Cenderahati dr Brunei. Couple shirt..cantikkan :D







Monday 23 April 2012

Lama Menyepi

Rasa macam dah lame je blog ni bersawang. kali ni rasa macam nak aktif kan balik..nak tambahkan maklumat apa yang patut dan tak patut. hehehe.. nak kongsikan apa yang patut dan tak patut. tak ape kan? hehehhe....
peace yollsss....^____^

Monday 22 August 2011

Bila Hari Raya Menjelma

Seminggu sahaja lagi, semua umat Islam akan menyambut kehadiran Bulan Syawal. Waktu-waktu begini tentunya ramai anak-anak muda yang sedang melonjak-lonjak hatinya untuk pulang ke kampung masing-masing. Persiapan dan kelengkapan raya setiap hari di cari apatah lagi sekarang ramai yang menggunakan kaedah di hujung jari saja..'order hari ni esok sampai'..pendek kata, semua dah menjadi semakin mudah. Ade duit semua boleh jadi...

Begitu juga dgn aku...hanya tinggal 2 hari saja lagi aku akan terbang balik ke kampung. Hati tak perlu cakap lah. Melonjak-lonjak tak sabar nak pulang berpuasa dan menyambut raya bersama mak dan keluarga tersayang. Tak dilupakan pagi raya nanti aku dan keluarga akan ke kubur arwah abah dan juga abangku...Terasa rindu lebih-lebih lagi di hari raya tentu mengorbankan titisan-titisan air mata yang tiada henti.

Kedatangan syawal ni memberi seribu makna untukku. Mungkin ada berita gembira buatku di hari raya ke 4 nanti. Tunggu sahaja lah..Jika benar seperti perjanjian itu, alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana aku telah maju selangkah ke hadapan sebagaimana tuntutan agamaku sendiri.


Justeru, Kepada semua, ini kad raya tanda pengganti diri. Maafkan salah silap, terlanjur kata dan perbuatan. Semoga kita saling memaafi dan membersihkan diri. Salam Ramadhan & Aidilfitri.


Assalamualaikum...

Friday 19 August 2011

Cinta itu inginku miliki.....

Damba CintaMu 

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

(raihan)

lagu ini..amat menyentuh hatiku..

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Ya Allah..aku amat mengharapkan cintaMu..kurniakanlah cintaMu padaku... hambaMu yang lemah, kerdil dan hina ini..


Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Ya Allah..ampunilah aku..ampunilah kedua ibu bapaku..dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi aku sejak dari kecil lagi..amin..

:. atas nama cinta pada yg selayaknya..


Kadang-kadang....

Kadang-kadang..
saya suka buat awak ketawa,
bukan sebab saya nak jd pelawak,
bukan...
tapi,
sebab saya hargai awak..
saya nak awk tahu..
walaupun kehidupan ni penuh
dengan rintangan dan kepedihan..
Allah masih kurniakan nikmat kegembiraan...

Kadang-kadang...
saya selalu buat awak marah..
bukan sebab saya benci awak...
bukan...
tapi,
sebab saya sayangkan awak...
saya nak awak belajar...
cara nak kawal sifat amarah,
yang sering kita lihat
menumpahkan darah..
dan memecahkan ummah..

Kadang-kadang..

saya buat awak menangis,
bukan sebab saya tiada perasaan,
bukan...
tapi,
sebab saya ambil berat pasal awak,
saya nak awak sentiasa ingat yang dunia ni bukan selamanya,
hilai tawa tak menjamin apa-apa,
hanya sekadar aksesori dunia,
yang belum tentu membawa bahagia,
maupun jalan menuju ke syurga..

Biarpun semalam dipenuhi kesedihan,
biarpun hari ini dipenuhi kekecewaan,
hargailah nikmat kurniaan Tuhan,
kerana esok belum tentu kita dapat bangun utk teruskan kehidupan..

Teruslah tersenyum walaupun saya selalu mmbuat awk bersedih,
kerana saya sebenarnya nak awk belajar utk terus gembira,
biarpun nanti saya mungkin telah tiada...



Semoga rahmat dan perlindungan Allah mengiringi setiap jejak langkahan kita,insyaAllah...
Wassalam...




Kasihku abadi....

8 DISIPLIN untuk minat belajar....

SETIAP orang ada minatnya masing-masing tetapi semua orang perlu ada minat untuk belajar kerana ia adalah keperluan dalam kehidupan seorang pelajar. Kebiasaannya seseorang yang berminat untuk belajar akan berakhir dengan kejayaan kerana apa yang dilakukannya adalah hasil dari kehendaknya sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa.
Oleh itu adalah penting bagi pelajar-pelajar memupuk minat untuk belajar sejak awal lagi. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk minat belajar ialah:
1. Kepelbagaian bahan belajar
Kepelbagaian bermaksud bahan yang dibaca itu terdapat dalam pelbagai bentuk seperti buku, majalah, Internet, CD-ROM dan sebagainya. Ini akan mengelakkan rasa bosan ketika mempelajarinya.
2. Rujuk bahan grafik
Bahan grafik seperti gambar, rajah ataupun bahan animasi mampu mempermudahkan pemahaman. Justeru, mampu menambahkan minat belajar.
3. Perbincangan dengan rakan
Apabila anda berbincang dengan rakan anda akan dapat mengurangkan tekanan. Ini disebabkan perbincangan dua hala lebih berkesan daripada membaca hanya satu hala tanpa ada interaksi bersama.
4. Belajar secara lebih teratur
Anda perlu membuat perancangan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi belajar kerana tanpa ada satu perancangan, anda akan mengalami ketidaktentuan sewaktu belajar.  Jadual belajar, topik yang hendak dipelajari serta latihan yang hendak dibuat adalah di antara perancangan yang perlu ditentukan dan diatur.
5. Jangan suka bertangguh
Jika anda bertangguh melakukan sesuatu tugasan, kerja anda akan menjadi banyak dan akhirnya akan terbengkalai. Jika ia tidak dibendung akan mengakibatkan anda berasa malas dan tidak berminat untuk belajar.
6. Selesaikan segera masalah yang dihadapi
Setiap masalah atau kekeliruan yang dihadapi harus diselesaikan dengan segera. Jika tidak masalah itu akan terkumpul menjadi banyak dan berakhir dengan kegagalan di dalam peperiksaan.
7. Jangan malu bertanya dengan guru
Guru adalah tempat anda untuk bertanya. Jangan rasa malu atau takut bertanya dengan guru. Gunalah kesempatan berjumpa dengan guru itu untuk menyelesaikan segala keraguan atau cuba dapatkan kepastian tentang sesuatu topik yang dipelajari.
8. Hadiri sebarang aktiviti kurikulum dan kokurikulum
Dengan menghadiri dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, anda berpeluang berinteraksi dengan rakan dan ini dapat memantapkan lagi keperibadian anda.
Aktiviti kokurikulum boleh mencungkil potensi anda dalam pelbagai lapangan. Keterlibatan anda akan menambahkan keceriaan diri, menambahkan kreativiti dan menyemarakkan semangat untuk belajar.
Sebenarnya belajar itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Oleh itu jadikan sesi belajar itu sebagai satu sesi yang boleh menggembirakan anda bukan menakutkan anda. Dekatilah diri dengan ilmu kerana ilmu itu pelita hidup serta bekalan untuk masa akhirat.