Friday, 19 August 2011

LELAKI ACUAN AL-QURAN

“Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran aialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran”


Tolong sampaikan padanya...

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan hartanya..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang
Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti...

Braces oh Braces

Masuk hari ni dah genap 8 bulan aku pakai braces. Sakit, tak selesa, pedih semua aku dah rasa. Hehe...lagi2 bila ada ulser dalam mulut memang amat menguji. Jadi, memang selalu la aku kena kumur dengan listerine dan sapu ubat. Tapi dalam tempoh 8 bulan ni aku rasa lega sebabnya gigi aku ade yang dah bergerak ke tempat yang sepatutnya. Hehehehe....

Ni senyuman seorang pemakai braces. Hahahaha...xpandai senyum jadiknya.

Masa mula2 pakai ni memang agak tak seksa la. Dalam 2 minggu nak kena biasa kan sebab ade besi yang ketat dan menyucuk-nyucuk dalam mulut. Memang rasa nak buang jer. Tapi, atas ketabahan dan kecekalan ni terpaksa la terima sebab nak cantik dan gigi tu teratur..hehhehe. 'Sulit dahulu selesa kemudian'


Paling leceh bila nak makan. Sekarang tak boleh nak makan benda-benda yg keras. Tak boleh terus gigit masuk mulut dan tak boleh gigit laju-laju. Kena potong kecik-kecik benda tu, makan benda yang lembut-lembut dan sesetengah kata lau mkn benda keras takut gigi tu akan lari semula ke tempat asal. Haaa....takut. Nanti lambat lak bukak braces tu lagi teruk..hehehehe. Dan mase ni nak makan coklat pun kena kurangkan  sebab asik melekat kat gigi dan chewing gum dah lame tak sentuh. Tapi, tak kisahlah sebab aku bukan peminat chewing gum...hehehhe


Nak berus gigi pun xleh kasar2 dan gunakan berus yang hujung halus mcm berus Systema tu. Boleh jugak pakai Interdental brush. Terpulang dengan kerajinan nak guna berus yang mana satu dan gunakan mouthwash mcm listerine tu sebab lepas makan mmg akan ade makanan yang lekat. Pastu kena pergi tandas dan kumur untuk mengelakkan mulut berbau. Hehehe


Aku ni mmg jenis kurang selera makan dan bila pakai braces ni aku jadi lebih2 lagi tak selera dan sekarang jadi kurus kering. Jadi, pemakanan kena terus jaga. Jadi doktor pesan supaya aku makan apa2 suplement spt vitamin B complex, minuman yang berfiber (cth horlicks fibre lite) dan sebagainya. Ini untuk menambahkan tenaga untuk aku yang jadi semakin kurang berselera.



Apa2 pun memang tak sabar nak tunggu setahun beberapa bulan lagi untuk buka braces ni. Walau sekarang senyuman tak cantik tak ape nanti dah buka braces tu boleh senyum luas2. hehehehe..Sabar je la menanti waktu dan detik itu..


p/s : sabar menanti sesuatu yang berbaloi....

.
.
.
.
.
.
.
.
.

BRACES - BEFORE AND AFTER 







So, untuk korang yang masih ragu2 untuk memasang braces takyah la takut..Hehehe..Pasti akan berbaloi asalkan klinik yang korang pergi tu memang dah terbukti dan ramai yang jumpa dan berjaya...Korang pasti akan tersenyum gembira nanti. Good Luck~


Thursday, 18 August 2011

Jamuan 4A3 yang kecoh!!

Selepas saje aktiviti 1 pelajar, 1 sukan, 1 Malaysia makan bermulalah aktiviti makan2 4a3..hehehe
Agak susah juga nak mengumpulkan semuanya di sini. Maklumlah mereka tak ada kenderaan sendiri. Nak tak nak aku kena juga angkut sikit2. Plg kuat pun 9 orang 1 keta. Hehe..hebat juga si merah boleh bawa 9 orang dalam 1 masa. kalau jumpa polis tepi jalan, sah dah aku kena saman. Alhamdulillah....Abg polis xde hari tu..die bg aku chance kot..hahhahaha


Antara wajah-wajah yang join serta pada hari tu

Posing jap..

memberi arahan..hehehe

Pastu makannnnn...nyum3

















Jeffrey, Coutry, Henry & Freddrick


Davidsin & Sylvester







Alexson, Ing & Coutry






Baju kelas 4A3
Muke ngantok dah penat...



p/s : apepun, ucapan thanks utk semuaaaaaa..sudi hadirrrrr.......lalalalallaal

Wednesday, 17 August 2011

Lelaki Romantik idaman semua wanita...


Semua wanita sudah tentu mendambakan seorang lelaki yg romantik di sisi...(saya pun!!). Jadi, camne nak kenal lelaki romantik eh? ni ade disertakan cara2 nk kenal lelaki romantik..jom usha..!



1.Orang yang romantik selalunya meminati cerita yang berkaitan dengan cinta dan perasaan dan menonton cerita tersebut lebih daripada 5 kali!

2.Orang yang romantik biasanya akan mengucapkan sayang kepada pasangannya lebih dari 7 kali sehari!

3.Orang yang romantik biasanya akan memeluk isterinya lebih dari 7 kali sehari!

4.Orang romantik mudah menangis jika melihat pasangannya bersedih dan sebagainya.

5.Orang romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya untuk membuat sesuatu sebagai contoh mendahulukan pasangannya makan atau minum dahulu. Memegang konsep lady's first.

6.Orang romantik amat kreatif dalam memberi kejutan kepada pasangannya. Sebagai contoh, suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan, suka menyatakan rasa sayang pada saat-saat romantik, suka mengajak pasangannya ke tempat yang tenang dan indah.

7.Orang yang romantik takut bersendirian. Tidak mahu ditinggalkan pasangannya dalam jangka masa yang lama.

8.Kebiasaanya, orang yang romantik amat setia kepada pasangannya.

9.Orang yang romantik kurang berkata-kata tentang perasaannya, tetapi ingin difahami.

10.Lelaki romantik biasanya kurang berkata-kata, tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak mengabui mata wanita dengan kata-kata yang indah.

11.Lelaki romantik selalunya ikhlas meminta maaf jika membuat kesilapan kepada pasangannya. Tetapi lelaki romantik jarang melakukan kesilapan depan pasangannya.

12.Lelaki romantik biasanya taat beragama dan selalunya menganggap cinta adalah suci dan kesucian harus dipelihara.

13.Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita. Sebaliknya menjaga kehormatan dan amat menghormati wanita.

14.Lelaki romantik biasanya akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berkata-kata.

15.Lelaki romantik ikhlas dalam memberi hadiah. Dan suka mendengar luahan perasaan pasangannya.

16.Lelaki romantik selalunya suka memuji akan kecantikkan pasangannya. Pujian yang diberikan selalunya ikhlas dan dinyatakan pada waktu yang bertepatan.

17.Lelaki romantik biasanya memanggil nama kekasihnya dengan panggilan yang manja dan lembut.

18.Lelaki romantik suka mengambil perihal makanan kesukaan pasangannya.

19.Lelaki romantik akan mengajak isterinya berbicara jika melihat isterinya sedang risau dan sebagainya.

20.Jika isteri mahu bercakap, lelaki romantik biasanya akan memperlahankan nada television atau radio untuk menghormati isterinya bercakap.

so, lelaki romantik xsemestinya 'buaya'...tp  sang 'buaya' akan cuba berpura2 romantik ...hehehe

Pengembaraan di Gua Niah, Sarawak (episod 2)

Okeh...kali ni masih sambung tentang Gua Niah. Perjalanan tadi dah mengambil masa 2 jam. So, baju pun dah berpeluh2 macam kena siram air.. Haishhh...hihihihi....

Wajah2 kepenatan ketika berada di Painting Cave. Gua paling hujung sekali. 2 jam tuuu nak sampai sini..

korg agak2 ape maksud gmbr ni? Haaa,,,korg jgn terkejut ms sampai kat painting Cave tu ade pagar2 yg melindungi lukisan2 tersebut. Bagi aku ni mgkin slh 1 cara utk memelihara lukisan tu agar tak sesenang je boleh dipegang2..hehehe







Pastikan mata korang tak berkedip menikmati segala keindahan yg ada dalam gua tersebut. Memang tak menyesal langsung dan berbaloi2 kepenatan korang bila lihat keindahan ciptaan Tuhan ini. Alhamdulillah...


Okey, selepas menikmati segala keindahan, berposing, berpeluh, dan kepenatan. Sekarang masa untuk mengumpul tenaga semula untuk pulang. 5 km lg menanti. 2 jam tanpa henti! ayuhhhhh....


Pulang..marilah pulang..marilah pulang..bersama2....heyyyy




sebelom pulang posing jappppp.....Peaceee yollssss



itu diaaa....kereta dah dtg...heheeh...kereta air...


selamat tinggal Gua Niah...


Tuesday, 16 August 2011

Pengembaraan di Gua Niah, Sarawak (episod 1)

9/07/2011. Hari Sabtu yang indah. Angin sepoi-sepoi bahasa. Bangun awal dan bersiap2. Bwa bekalan yg mencukupi. ke mana plan hari ni??

Berbekalkan sarung tangan, torchlight, sport shoes, kamera, botol air, makanan, tuala & mcm2 lagi kami memulakan pengembaraan seawal 7.30 pagi dari Bintulu ke Gua Niah. Masa perjalanan dijangkakan 1 jam stgh. Antara ahli yg mengikuti pengembaraan ini ialah aku, gee, kak aini, fitriyah, florengel dan juge za.

Florengel, Gee, K.aini, za & fit (aku tukang amik gmbr je) hehe
 Selepas membayar yuran masuk (sorang dicaj sebyk RM10.00 tp lau 6 org masuk kasi diskaun jadi RM50.00. kami pun memulakan pengembaraan.

Jeng..Jeng..Jeng...Lihatlah wajah-wajah kegembiraan kami memulakan kegembiraan..Rasa macam tak sabar2 sangat dah ni...heheheh

Sebelum masuk ke hutan tu, kteorg kena naik bot dulu. bayaran utk sorg adalah 1 ringgit sekali perjalanan. Lau ulang alik jadik 2 ringgit la..



Dalam sungai ni org kate mmg ade buaya, tp bg korang yg rasa takut jgn risau, naik bot ni pun xlame..dlm beberapa saat je korang dah sampai ke tempat dituju. hehehe..













Pengembaraan ke gua adalah 5km. So, pg balik dalam 10 km. So, dinasihatkan membawa bekalan air yg byk agar anda tidak pengsan di pertengahan jalan.
Sepanjang perjalanan tu korang akan lihat macam2 jenis flora dan fauna yang menarik. Jalan kt hutan ni pun senang sebab ade trek yg dibina guna simen dan kayu. So, xyah bimbang xde pijak tanah pun..hehehe











Posing kejap 2-3 keping lagi..hehehe..dieorg jela. Aku rilek je..hehhee

Korang akan jumpa dengan Gua Dagang dulu. Tu baru la permulaan..



Tiba di Gua Kira. Masih jauh perjalanan. Tapi sudah berpeluh2. jalan sangat licin jadi dinasihatkan pakai kasut sukan yg sesuai serta tahi kelawar ada di mana2. pakai sarung tangan selalu...
Lagi satu, keadaan dalam gua sangat gelap. pastikan anda membawa torchligt. tp time ni sy pakai headlamp. tgn sy senang nk pgg kamera. hehehe
 Perjalanan diteruskan lagi......peaceeeee ^___^



Pastikan ikut arah yang betul. jgn sampai tersesat pulak ye. Sekarang teruskan lg perjalanan utk ke Painting Cave.

Okey...ini lah Painting Cave (gua lukisan). Ni la lukisan yg dikatakan telah dilukis oleh masyarakat Purba.


Bersambung.....jeng..jeng..jeng