Tuesday 16 August 2011

Pengembaraan di Gua Niah, Sarawak (episod 1)

9/07/2011. Hari Sabtu yang indah. Angin sepoi-sepoi bahasa. Bangun awal dan bersiap2. Bwa bekalan yg mencukupi. ke mana plan hari ni??

Berbekalkan sarung tangan, torchlight, sport shoes, kamera, botol air, makanan, tuala & mcm2 lagi kami memulakan pengembaraan seawal 7.30 pagi dari Bintulu ke Gua Niah. Masa perjalanan dijangkakan 1 jam stgh. Antara ahli yg mengikuti pengembaraan ini ialah aku, gee, kak aini, fitriyah, florengel dan juge za.

Florengel, Gee, K.aini, za & fit (aku tukang amik gmbr je) hehe
 Selepas membayar yuran masuk (sorang dicaj sebyk RM10.00 tp lau 6 org masuk kasi diskaun jadi RM50.00. kami pun memulakan pengembaraan.

Jeng..Jeng..Jeng...Lihatlah wajah-wajah kegembiraan kami memulakan kegembiraan..Rasa macam tak sabar2 sangat dah ni...heheheh

Sebelum masuk ke hutan tu, kteorg kena naik bot dulu. bayaran utk sorg adalah 1 ringgit sekali perjalanan. Lau ulang alik jadik 2 ringgit la..



Dalam sungai ni org kate mmg ade buaya, tp bg korang yg rasa takut jgn risau, naik bot ni pun xlame..dlm beberapa saat je korang dah sampai ke tempat dituju. hehehe..













Pengembaraan ke gua adalah 5km. So, pg balik dalam 10 km. So, dinasihatkan membawa bekalan air yg byk agar anda tidak pengsan di pertengahan jalan.
Sepanjang perjalanan tu korang akan lihat macam2 jenis flora dan fauna yang menarik. Jalan kt hutan ni pun senang sebab ade trek yg dibina guna simen dan kayu. So, xyah bimbang xde pijak tanah pun..hehehe











Posing kejap 2-3 keping lagi..hehehe..dieorg jela. Aku rilek je..hehhee

Korang akan jumpa dengan Gua Dagang dulu. Tu baru la permulaan..



Tiba di Gua Kira. Masih jauh perjalanan. Tapi sudah berpeluh2. jalan sangat licin jadi dinasihatkan pakai kasut sukan yg sesuai serta tahi kelawar ada di mana2. pakai sarung tangan selalu...
Lagi satu, keadaan dalam gua sangat gelap. pastikan anda membawa torchligt. tp time ni sy pakai headlamp. tgn sy senang nk pgg kamera. hehehe
 Perjalanan diteruskan lagi......peaceeeee ^___^



Pastikan ikut arah yang betul. jgn sampai tersesat pulak ye. Sekarang teruskan lg perjalanan utk ke Painting Cave.

Okey...ini lah Painting Cave (gua lukisan). Ni la lukisan yg dikatakan telah dilukis oleh masyarakat Purba.


Bersambung.....jeng..jeng..jeng


No comments:

Post a Comment