Wednesday 17 August 2011

Lelaki Romantik idaman semua wanita...


Semua wanita sudah tentu mendambakan seorang lelaki yg romantik di sisi...(saya pun!!). Jadi, camne nak kenal lelaki romantik eh? ni ade disertakan cara2 nk kenal lelaki romantik..jom usha..!



1.Orang yang romantik selalunya meminati cerita yang berkaitan dengan cinta dan perasaan dan menonton cerita tersebut lebih daripada 5 kali!

2.Orang yang romantik biasanya akan mengucapkan sayang kepada pasangannya lebih dari 7 kali sehari!

3.Orang yang romantik biasanya akan memeluk isterinya lebih dari 7 kali sehari!

4.Orang romantik mudah menangis jika melihat pasangannya bersedih dan sebagainya.

5.Orang romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya untuk membuat sesuatu sebagai contoh mendahulukan pasangannya makan atau minum dahulu. Memegang konsep lady's first.

6.Orang romantik amat kreatif dalam memberi kejutan kepada pasangannya. Sebagai contoh, suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan, suka menyatakan rasa sayang pada saat-saat romantik, suka mengajak pasangannya ke tempat yang tenang dan indah.

7.Orang yang romantik takut bersendirian. Tidak mahu ditinggalkan pasangannya dalam jangka masa yang lama.

8.Kebiasaanya, orang yang romantik amat setia kepada pasangannya.

9.Orang yang romantik kurang berkata-kata tentang perasaannya, tetapi ingin difahami.

10.Lelaki romantik biasanya kurang berkata-kata, tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak mengabui mata wanita dengan kata-kata yang indah.

11.Lelaki romantik selalunya ikhlas meminta maaf jika membuat kesilapan kepada pasangannya. Tetapi lelaki romantik jarang melakukan kesilapan depan pasangannya.

12.Lelaki romantik biasanya taat beragama dan selalunya menganggap cinta adalah suci dan kesucian harus dipelihara.

13.Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita. Sebaliknya menjaga kehormatan dan amat menghormati wanita.

14.Lelaki romantik biasanya akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berkata-kata.

15.Lelaki romantik ikhlas dalam memberi hadiah. Dan suka mendengar luahan perasaan pasangannya.

16.Lelaki romantik selalunya suka memuji akan kecantikkan pasangannya. Pujian yang diberikan selalunya ikhlas dan dinyatakan pada waktu yang bertepatan.

17.Lelaki romantik biasanya memanggil nama kekasihnya dengan panggilan yang manja dan lembut.

18.Lelaki romantik suka mengambil perihal makanan kesukaan pasangannya.

19.Lelaki romantik akan mengajak isterinya berbicara jika melihat isterinya sedang risau dan sebagainya.

20.Jika isteri mahu bercakap, lelaki romantik biasanya akan memperlahankan nada television atau radio untuk menghormati isterinya bercakap.

so, lelaki romantik xsemestinya 'buaya'...tp  sang 'buaya' akan cuba berpura2 romantik ...hehehe

No comments:

Post a Comment