Thursday, 26 May 2011

Tukar. Gagal. Bila. Lulus?

Pukul 5.00 pagi, aku bangun dari tido. Awal setengah jam dari biasa. Ya, ade sebab bangun awal..takkan saje-saje. kalau saje-saje, mungkin tak..25hb Mei bermakna akan keluar keputusan pertukaran aku untuk pulang ke pahang...dengan cahaya yang samar-samar lampu tidur aku membaca skrin laptop...




lagi....

Susah juga untuk tukar. Bukan main-main ni. Padahal aku kat sini dah masuk tahun ke3 dan sememangnya sangat layak aku tukar (kalau ikut kawan-kawan aku yang dah tukar tu la) cuma, bezanya alasan. Mungkin betul, dengan alasan mengikut suami peluang lebih besar. Kalau macam tu aku kena tunggu setahun lagi di sini baru boleh buat alasan 'cukup tempoh'.

Kali ini aku menerima dengan redha.

Mungkin untuk kali keempat permohonan pertukaran tidak mendapat kelulusan aku dah semakin biasa dan lali. Kalau diluluskan baru la aku terlompat-lompat macam kucing. Tak macam dulu, bila baca keputusan aku terus menangis..lgpun masa tu situasi berbeza. Amat berbeza. Masa tu aku betul-betul nak balik untuk jaga arwah abah. Harapan memang setinggi langit...Bila tak dapat aku rasa sesetengah manusia itu k.e.j.a.m..tapi, seseorg ade bgtahu aku 'dunia ni memang kadang-kadang kejam, tapi Tuhan itu maha adil....' kesimpulannya, serah kepada yang Maha berkuasa...itulah sebaik-baiknya.

Ada hikmah disebaliknya

Mengapa aku dipostingkan jauh-jauh ini? Ya, tentu ada hikmahnya. Bila jauh macam ni, aku merasakan ada satu perkara yang aku harus aku belajar. Iaitu menghargai sesuatu yang kita miliki. Apa yang aku miliki sekali seumur hidup ini adalah keluarga. Tidak kira, mak abah, atau adik beradik. Tiada yang dapat menggantikan mereka. Sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita hilangkan diri. Kita tetap mahu mencari mereka. Hati kita tetap dekat dengan mereka. Itulah uniknya keluarga dan aku bahagia aku masih ada keluarga...Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

p/s : Tahniah kepada yang sekali mintak terus dapat...:)

Wednesday, 25 May 2011

Bila bercerita tentang K.A.W.E.N

k.A.W.E.N

Memang rimas bila orang asik bertanya. Mula-mula 'cool' jek tapi lame2 jadi 'hot' bila ade ayat-ayat pedas menusuk telinga

"ko tu memilih sangat.  Tu la xkawen2 lagi..."


"Dulu aku nk ngan ko, ko xnak...Kan skrg dh menyesal...Hahahaha"


"Lau kawen lambat2 nnti ko tua2 baru nk hntr anak g sekolah"


"Org prmpn makin tua makin xlaku...silap2 ko andartu nanti...."

Ape boleh buat kan..buat mase sekarang aku tutup telinga jela dulu. Mulut orang mmg susah nk tutup. Takkan nk letak salotape kat mulut cian pulak die xleh nk bercakap, kan. Jadi biar aku jela tutup telinga.

Memilih??

Aku tak tahu aku ni memilih ke tak. Tapi bg aku, kdg kita harus memilih gak walau tak ada pilihan. Pesan Puan K pada aku "jangan gadaikan seluruh hidup kamu demi sesuatu yang belum pasti". Mungkin selepas putus dengan Encik L...aku jadi tawar hati nak berkapel dan kalau blh aku nak terus cari suami tanpa berkapel. Ustaz A pun dah pesan pada aku "xyah berkapel lah...yg penting berta'aruf dan kalau berkenan terus je nikah..cari cinta yang halal..."


Demi itu, aku tetapkan dalam hati, mulai hari ini aku akan cuba mencari cinta yang halal dari seseorang yang halal. Maksudnya bila ia sudah rasmi menjadi yang halal bagiku, barulah aku akan mencintainya. Indah tak ayat tu, kalau nak copy letak kat status fb silakan...

Menolak dan ditolak

Itu tak jadi masalah...Tapi, easier said than done...susah nak cari seseorang yang dijadikan suami..siapa? aku malas nak fikir. Dia mungkin ada di mana2...Tapi, benda yg aku rasa paling memalukan pernah aku lakukan adalah melamar seorang lelaki dan ditolak! Oh no....saya takkan lakukan benda itu lagi...Barulah aku dapat rase prsn2 mereka yg ditolak lamarannya oleh ku...hehehe..sekurang2nya aku dapat rasa sekali..^____^ tapi aku takkan ulanginya lagi..takkan..tobak pom (kate org ganu) ..hehehe


Azam

Jadi itulah azam aku. Mencari cinta yang halal. Biarlah perkahwinan yg aku miliki itu suci dan berkat. Itu yang aku nak. dan yang penting, aku akan kawen selepas aku rase puas hati menunaikan segala janjiku pada arwah abah dan juga mak aku. tapi, rasanya buat masa ni aku dah rasa puas sikit. jadi, aku boleh dah kawen...

Kalau ade jodoh, tunggu jela kad undangan. Aku tak janji...

p/s :Kalau ade yg berminat blh la tunjuk kesungguhan...^__^ Mereka yang bersungguh saja akan dilayan. Sekian.

Agak2 bile boleh pakai camni? Hehehe

Mencintai tak semestinya memiliki....


Sejak kebelakangan ini aku tengok dalam ‘facebook’ ramai orang meletakkan status berkaitan cinta. Ada yang ‘post’ video jiwang. Ada yang menghebohkan status hubungan. Ada yang meluahkan perasaan cinta dan rindu kepada buah hati melalui ‘facebook’.  Tak terlepas juga ada yang mengepost artikel dan video mengenai kisah lelaki atau menunjukkan lelaki ni jahat dan tak setia. Mungkin sebab putus cinta kot membuatkan mereka ‘post berkaitan tu. Di sini aku bukan nak mengata atau mengutuk. Biasa dan normal seseorang itu ada perasaan cinta kepada seseorang bukan sejenisnya. Tidak normal kalau mempunyai perasaan cinta kepada sejenisnya. Cinta itu anugerah Allah. Mengapa kita nak mempertikaikan? Saya tidak mempertikaikan itu. Saya pun manusia biasa yang mempunyai perasaan cinta itu. Saya mengakuinya.

Ingatlah bahawa jodoh itu milik Allah. Kita hanya mampu merancang. Adakah kita perlu menghebohkan kepada orang ramai yang kita ni bercinta dengan si dia? Tujuan apakah itu semua? Untuk orang ramai berdoa akan hubungan cinta kita itu? Rasanya tidak perlu. Mengapa saya berkata tidak perlu? Alasannya mudah. Jodoh itu milik Allah. Dalam Islam bercouple itu tidak muncul istilahnya. Yang ada bertunang dan berkahwin dan perlu dihebohkan. Mengapa cinta tak perlu dihebohkan? Bukan ke berkahwin itu tak semestinya kekal? Allah juga yang menetapkan jodoh seseorang. Jawapannya mudah. Berkahwin itu halal dan bercinta tanpa ada ikatan sah itu tidak halal. Tidak perlu kita hebohkan pasal hubungan cinta yang belum pasti. Hebohlah kepada umum mengenai tarikh perkahwinan anda dan jemputlah kawan-kawan anda kerana itu adalah tuntutan.

Begini paling mudah. Perasaan cinta itu anugerah Allah. Jika anda jatuh cinta kepada seseorang dan sedang bercinta dengan seseorang, biarlah anda dan pasangan anda je yang tahu. Tidak perlu menghebohkannya. Nanti apabila sudah pasti dia milik anda, hebohlah kepada sesiapa pun yang si dia tu milik anda. Kalau tak heboh kat facebook dia tu kekasih kita nanti orang lain kebas pula macma mana? Tak ke melepas? Senang jawapannya. Itulah menunjukkan si dia tu bukan jodoh anda. Kalau dia jodoh anda, walau bagaimana keadaan sekalipun cubaan yang datang pasti anda juga memilikinya. Jika anda berpisah kerana dia berjumpa dengan orang lain atau tanpa disangka-sangka sebabnya, sedarlah bahawa itu kekuasaan Allah. Allah mengetahui mana yang terbaik buat hambanya. Hikmah tersembunyi pasti ada. Yakinlah dengan Allah. Anda bercintalah seperti biasa-biasa sahaja. Dah kahwin nanti berkasih sayanglah anda seromantiknya. Anda pasti bahagia.

Dulu saya pernah bercinta dan boleh dikatakan heboh semua orang tahu. Saya yakin masa tu dialah milik saya. Saya yakin bahawa dia jodoh saya. Saya yakin begitu sebab kami saling mencintai dan dia tidak rela berpisah dengan saya. Tanpa disangka. Tanpa diduga hubungan kami berakhir jua. Itulah saya cakap tadi bahawa yakinlah dengan Allah. Allah pasti menghantar sesuatu yang akan membahagiakan kita. InsyaAllah. Mencintai tak semestinya memiliki. Anda boleh mengatakan yang anda hanya mencintai dia seorang sahaja tetapi adakah anda yakin dia milik anda? Ingatlah tiada apa pun yang boleh menandingi kekuasaan Allah. Allah jua yang maha mengetahui. Yakinlah dengan Allah. Jangan kita mengharap kepada manusia tetapi berharaplah kepada Allah. Berharap kepada manusia belum tentu kita dapat tetapi berharap kepada Allah tiada apa pun yang mustahil untuk kita dapat. Yakinlah.

Saya pernah mengajar untuk menjalani salah satu syarat sebagai pelajar pendidikan di sebuah sekolah. Tanpa saya sedari bahawa pemikiran pelajar sekarang ni hebat-hebat. Saya tidak menyangka akan ditanya soalan demikian. Seorang pelajar perempuan berkata kepadaku. ‘’Kalau cikgu seorang yang banyak pengetahuan cuba cikgu jawab satu soalan saya”. Terkejut saya apabila dicabar begitu. Berdebar juga masa tu. Maklumlah sebab kita ni tak boleh jangka apa yang pelajar berfikir. Saya menyaka dia nak mengenakan saya tetapi rupanya tidak. Saya bertanya kepada pelajar tersebut. “ Apa yang awak nak tanya?’’ Saya akan jawab kalau saya boleh jawab. Pelajar tersebut berkata lagi, “ bukan apa cikgu, dah banyak kali saya tanya cikgu lain-lain tetapi jawapannya lebih kurang je. Macam ni cikgu. Allah telah tetapkan kita jodoh dengan seseorang  tetapi tak boleh ke kita mencarinya?. Atau kita perlu menunggunya? Ini soalan yang saya dapat daripada pelajar tersebut. Sebelum saya menjawab soalan itu saya bertanya dulu apa jawapan yang selalu diberi oleh cikgu lain kepada pelajar tersebut. Pelajar itu menjawab macam ni..” cikgu kat jodoh tu dah ditetapkan dan suatu hari nanti akan bertemulah, tak perlu bimbang dan tak perlu bersusah payah”. Cepatlah cikgu..saya nak tahu jawapan cikgu muda pulak. Pelajar tersebut memaksa saya menjawab. Saya dengan spontan menjawab..”beginilah kalau awak nak tahu..rezeki siapa yang bagi? Pelajar itu menjawab “Allah”. Perlu tak kita berusah mencari rezeki? Pelajar itu menjawab “perlulah. Kalau tak macam mana nak dapat rezeki tu. Saya berkata lagi..’bukan ke rezeki tu Allah yang bagi? Mengapa perlu bersusah payah mencari. Mengapa perlu bimbang? Pelajar itu bingung seketika. Pelajar itu menjawab..cikgu, saya tanya cikgu soalan lain kan?bukan pasal rezeki...cepatlah cikgu. Saya berkata kepada pelajar itu yang konsepnya sama saje dengan jodoh tadi. Kalau jodoh Allah tetapkan dan rezeki Allah tetapkan, tetapi kita perlu berusaha mencarinya. Itu semua tidak akan datang bergolek. Begitu dengan rezeki. Sudah kita tahu bahawa Allah memberi rezeki tetapi kita perlu berusaha mencarinya dan yang menetapkan rezeki kita sebanyak mana itu ialah Allah. Sama juga dengan jodoh. Jika jodoh ditetapkan Allah tetapi kita perlu mencarinya. Yang menetapkan dia tu jodoh kita atau tidak ialah Allah. Yakinlah dengan Allah. Janganlah berputus asa. Pelajar tersebut tersenyum lebar dan tak henti-henti ucap terima kasih kepada saya. “cikgu, tak ada lagi yang bagi jawapan sebernas ini, cikgulah yang pertama”. Pelajar tersebut mengeluarkan kata-kata. Sejak daripada peristiwa tu pelajar tersebut ‘respect’ saya.

Maksud yang ingin saya ketengahkan ialah bercinta itu boleh tetapi biarlah kena pada niatnya. Alangkah bagus kalau niat kita untuk menikahinya dan mendapat keredhaan Allah. Mencintai tidak semestinya memiliki. Berusaha mencari tak salah. Yang penting kita tahu niat dan tujuan kita. Biarlah bersederhana dalam bercinta. Jangan kita khayal dengan cinta yang tak pasti. Cinta yang pasti dan kekal abadi ialah cinta Ilahi. Bergembira tak salah tetapi terlalu gembira pada sesuatu yang tak pasti itu sia-sia dan padah menanti sebabnya yang bakal muncul itu adalah duka yang mengahncurkan. Mencintai tidak semestinya memiliki. Mencitai manusia tidak menjanjikan kebahagiaan yang kekal tetapi mencintai Illahi nescaya kekal bahagia. Mencintai tidak semestinya memilik. Mencintai manusia biarlah berpada-pada kerana manusia hanya boleh memberi janji tetapi terbatas untuk menunaikannya. Mencintai Allah sepenuh hati sudah pasti membawa erti dan semua janji-Nya pasti akan ditepati dan tidak mustahil. Yakinlah dengan Allah.

by : Cikgu Mazli 

Sekolah anda ialah...SMK ASYAKIRIN, BINTULU...

Aku terkebil-kebil ketika menatap senarai nama semasa hari orientasi guru di Hotel Santubong, Sarawak. Setelah 2 hari berkampung di sana, baru ku tahu sekolah yang harus aku tujui..Itu cerita 2 tahun lepas. Cerita masa aku mula-mula datang ke Sarawak. Sungguh!! itulah kali pertama aku menaiki kapal terbang...aku tak gayat! betul...

BINTULU. BINTULU. BINTULU.

Dalam fikiran aku tertanya-tanya bagaimana tempat itu ya? Adakah ia pendalaman? atau pun bandar? atau hutan? atau...macam-macam bermain dalam benak aku ni..dan bila menjejakkan kaki baru aku tahu rupanya Bintulu ni berdekatan dengan laut dan dikenali sebagai bandar minyak dan gas..dan tak hairanlah ramai betul orang-orang minyak dari semenanjung yang datang ke sini.

Bintulu indah. Bintulu cantik. Bintulu tenang.

Aku tak pernah bencikan Bintulu walau aku harap satu hari nanti aku dapat ditukarkan kembali ke semenanjung. Aku suka Bintulu. Banyak sekali pantai di sini. Ada Pantai Tg. Batu, Pantai Telekom, Pantai Similajau dan juga Waterfront Bintulu. Semua tempat ini selalunya menjadi tempat aku mencari ketenangan dan meluahkan perasaan pada alam. Bila aku pandang langit dan pantai yang luas aku rasa tenang dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Aku kagum dengan ciptaanNya...Subhanallah....






Hei, tu gambar lama. Tak jelas!!!

Sorry, ini je yang ada dalam simpanan...Kamera pun tak canggih..Hehe...

p/s: nanti kalau dah ade kamera canggih upload lg...:P  "kalau".....

Camne awak boleh jadi cikgu?

Cikgu, camne boleh jadi cikgu?

Mase kecik dulu suke main cikgu2 dengan adik-adik dan jiran-jiran. Selalu amik kapur kat sekolah pastu conteng dinding rumah (setor). Pastu suruh adik2 dan jiran2 salin soalan yang aku tulis kat dinding tu (kira aku ni cikgu la). Mungkin tu bakat mase kecik.

"Haa..salin ni..pastu jawab yang ni..Buat yang ni. saya bagi masa setengah jam siapkan!"

Mase sekolah menengah aku suke bercakap kat depan kelas. Bila ade keje kumpulan, aku sukerela akan jd pembentang....aku membebel pot pet pot pet.Mungkin sbb byk cakap cikgu amik aku masuk pantun, debat, pengerusi majlis dan sebagainya.

"Faham tak kawan-kawan??? Ape itu discaj sungai?? Discaj sungai ni adalah..bla..bla...bla...hei, dengar ni!!"

lepas exam STPM, aku turun Kl duduk rumah along ngan kak long. Menumpang cari kerja untuk tambah duit poket. Aku keje di restoran Chicken Rice Shop, Taipan USJ. Hari2 tension dengan supervisor yg bernama Cik Shida sebab suka membebel. Aku resign!!!


"Good afternoon, sir. Can i take ur order please? U want Set 1, Set 2, set 3...bla..bla..bla...u want steamed, braised, roasted, or honey BBQ chicken, sir? anything else sir? i repeat ur order, sir..." huh!!! bosan...

Kak Long suruh jadi guru ganti di Sk Taman Medan, P.J. Ngajar bdk2 darjah 6. (start tu dah mula jatuh hati dengan kerjaya ni...) Paling best mase hari guru dapat hadiah...:P

"Cikgu comel.Cikgu nak kenal ngan abang saya? Cikgu, ni hadiah untuk cikgu. Cikgu, cikgulah sumber inspirasi saya" hehehe..

Dapat result STPM terus mohon bidang pendidikan..Alhamdulillah dapat UPSI dalam bidang Pendidikan Seni. Then praktikal di SMK Taman Selayang, Batu Caves. Memang mencabar sekolah ni tapi best. Rindu pada mentor saya yang bernama Cikgu Faridah...

Lepas konvokesyen lebih kurang sebulan, terus dapat surat posting ke Bintulu, Sarawak..Sekarang dah masuk tahun ke 2 di sini. Tu la bermulanya kerjaya sebagai Cikgu Seri ^___^

PEACE!!! ada gaya cikgu tak??? 

p/s : Cikgu sayang semua....:P

Friday, 20 May 2011

Ini cerita Kite dengan Abah kite...

Abah….kite ingat lagi mase kite darjah 1…
Kite xmo pegi sekolah..
Abah hantar juge…mase duduk dalam kelas abah bagi duit syiling..
Kite buang duit tu sampai berterabur…
Kite xmau sekolah…
Abah cakap kena sekolah kalau xmau susah mcm abah…

Abah..kite ingat lagi mase kite darjah 6..
Kite nak amik exam UPSR..
Kite takut sangat sampai tak nak keluar bilik…
Abah ajak keluar jalan2..
Abah bawa mandi-manda di Sungai Salan untuk hilangkan rasa takut..
Alhamdulillah…kite dapat jawab dengan baik dan result bagus…
Abah pesan kena mula dari awal untuk berjaya supaya xsusah mcm abah…

Abah…kite ingat mase kite form 1…
Kite xmo duk asrama…
Kite nak lari dari asrama…
Abah hantar juge…abah cakap duduk asrama bagus…
Boleh belajar selalu…supaya senang nak study..
Adik-beradik yang lain tak ganggu…
Abah cakap kena study selalu kalau xmau susah mcm abah…

Abah…kite ingat lagi mase kite form 5 & form 6…
Kite nak amik kelas tambahan kat luar…
Abah cakap mahal, tak payahla..
Belajar kat rumah saje boleh pandai…
Abah bagi duit beli buku…
Kalau xcukup pinjam buku kawan-kawan…
Abah suruh kite berjimat..
 Abah cakap kena rajin belajar kalau xmau susah mcm abah…

Abah…kite ingat lagi mase kite dapat masuk U…
Abah hantar kite sampai masuk dalam U..sampai masuk bilik kite..
Tunggu sampai kite habis kemas baju baru abah balik..
Masa minggu orientasi kat U, abah datang lagi..
Terkejut kite mase dalam dewan ceramah, ade pengumuman,
“kepada Seri Azlina, ayah anda sedang menunggu anda di belakang dewan”
Abah cakap saje nak tengok kite ok x kat sane…
Terharu kite….mase tu kite ckp susah…semua org kite tak kenal…
Abah cakap kena pandai rebut peluang dan banyak bertanya…
Abah tak mau kite jadi susah mcm abah…

Abah…kite masih ingat lagi mase kite Sem 4…
Kite ade krisis dengan kawan-kawan serumah..
Masa tu abah datang juga untuk selesaikan masalah tu..
Lepas tu Abah bawa jalan2 pusing 1 Perak…
Abah bagi nasihat supaya kena pandai pilih kawan…
Kawan di dunia dan kawan di akhirat..
Kawan yang saling mengingati dan bukannya saling menjatuhkan…
Alhamdulillah…kite habiskan pengajian dengan tiada masalah lagi…

Abah…kite masih ingat lagi mase hari konvokesyen kite..
Lepas dapat scroll tu dan turun dari pentas kite nampak abah dengan mak..
Terus kite peluk cium abah ngan mak kat situ…
Kite nampak abah nangis..dan kite pun nangis juge..
Abah ngan mak hadiahkan kite bunga…
Tapi kite hanya dapat hadiahkan ciuman dan pelukan saje..

Abah…kite masih ingat lagi mase kite dipanggil interview untuk jadi guru..
Abah hantar kite…Pagi-pagi pukul 4.30 dah keluar dari rumah pergi kuantan…
Tapi, kite sesat..tak jumpa cari tempat interview tu…
Puas pusing dengan abah satu kuantan tak jumpa…
Last2 tanye orang baru dapat..tapi kite lambat setengah jam untuk interview…
Masa keluar dari bilik interview abah terus bg kite air…
Kite tengok ayah org lain semua tunggu kt kwsn menunggu
tp abah tunggu kite kt luar bilik interview…
Kite tahu abah rase bersalah sbb lambat tp kite ckp semua ‘okey’…
Tentu abah lebih ‘nervous’ dari kite….

Abah…kite ingat lagi mase kite dapat posting ke Sarawak…
Semua guru kena berkumpul di Hotel di KLIA..
Abah hantar sampai dalam bilik…banyak pesanan abah…
Tapi kita tak dapat ingat semua sebab kite berdebar-debar nak pg Sarawak..
Abah cakap nnti abah akan datang sane jalan2…
Kite cakap kite tunggu abah datang…
Kite cakap abah mesti datang…

Masa kite dah kerja di Sarawak, abah jatuh sakit…
Kite sedih tak dapat nak jenguk abah selalu…
Hanya dapat balik bila cuti sekolah…
Masa abah di hospital pun kite tak dapat jenguk..
Kite cume dapat call doktor  dan pesan pada ‘nurse’ untuk tolong tengok-tengokkan abah kite…
Kite rase kite teruk sangat…
Sebab tak dapat berada di sisi abah bile abah sakit…
Walaupun tiap kali abah selalu cakap ‘tak ape…tak ape’
Kite mohon tukar, tapi permohonan kite tak diluluskan…
Abah cakap…’tak ape…tak ade rezeki lagi…’
Kite tahu abah kecewa dan kite pun kecewa juge..
Abah menanggung kesakitan tanpa ade kite bersama abah…

Kite amik cuti seminggu…balik kampung nak jaga abah…
Kite tahu abah menanggung kesakitan yang amat sangat…
Kite tidur sebelah abah…
Tubuh abah kurus sangat…
Itulah waktu paling beharga dalam hidup kite…
Waktu bersama-sama abah…
Banyak benda kita bualkan dan banyak pesanan yang abah sampaikan…
Walau dalam hati rase mahu lagi waktu-waktu bersama abah…
Rasa macam tak mahu pulang ke Sarawak lagi..mahu duduk di sebelah abah saje..
Tapi apekan daya…tugasan terus memanggil kite..

Seminggu selepas kite pulang ke Sarawak…
Kite dapat call dari along…along cakap..
‘abah dah tak ade lagi…’
Kite terus pg airport…beli tiket flight..tapi tiket dari bintulu sudah habis..
Kite terus pg miri dan bertolak dari sane..
Kite lewat 1 hari dan tak sempat nak tengok abah…
Kite hanya sempat lihat kubur abah…dan 2 batu nisan…
Kite mohon maaf banyak-banyak dari abah sebab tak dapat menjaga abah,
tak dapat menjenguk abah selalu,
tak dapat menghantar abah ke hospital,
tak dapat bersama abah ketika abah memerlukan kite…
Walau dahulu abah selalu ade masa untuk kite…

Abah…
Walaupun abah tak sempat merasa untuk tinggal di rumah yang kite bina untuk abah dan mak…
Walaupun abah tak sempat nak rasa naik kereta kite…
Walaupun abah tak sempat nak lihat dan nikmati kejayaan kite…
Abah tetap No. 1 di hati kite..
Walau abah pergi dahulu namun kite tetap mengingati abah…
Kasih kite kepada abah tetap seperti dahulu…
Doa kite tidak akan putus untuk abah…
Semoga diri abah bahagia di akhirat yang kekal abadi…
Bakti abah pada kite tidak terkira…
Terima kasih abah kerana menjadikan kite insan yang berguna pada hari ini..
Moga Allah jua yang dapat membalasnya….
Semoga diri abah bahagia di sana…
Al-Fatihah…..

Bergambar kenangan dengan abah, mak dan acik mase konvo...

Monday, 16 May 2011

Suatu ketika kau bertanya...


sudikah kau menjadi Makmum
di setiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya

sudikah kau menjadi penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

sudikah kau menjadi pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

sudikah kau menjadi pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

sudikah kau menjadi peneman
di kala suka dan dukaku
agar suatu hati jika ujian itu datang
air mataku ada yang menghapuskan

sudikah kau menjadi penggerak semangatku
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman

sudikah kau menjadi sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa saja denganmu
tanpa rasa ragu...

sudikah kau menjadi penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang...

suatu ketika aku menjawab..
"Ya, aku sudi....
kerana kau pilihanku kerana Illahi
dan kau juga memilihku kerana petunju RABBI
tetapi, aku kembalikan soalan ini kepadamu...




sudikah kau terus menjadi IMAM di dalam SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

sudikah kau pula menjadi
IMAM, Penjaga, Pendidik, Pemerhati,
Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu...

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu,
memerhatikanmu,
mendidikmu,
membelamu,
menggerakkanmu,
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu...
sudikah kamu wahai........?

Aku percaya kau masih sudi...

"Kerana aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan aku juga telah memilihmi kerana petunjuk RABBI.."
keluarga bahagia impian bersama...

InshaAllah....