Monday 2 May 2011

Pesanan ibu kepada anak perempuannya yang bakal berkahwin...

Ada diriwayatkan bahawa Asma’ binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya
sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:
” Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau
dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu
tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan
seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai
tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai
lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu
pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau
menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia
meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan
melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia
menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium
sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar
melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri
mu.”

Jadi, kepada yang ingin berkahwin..ingat ye pesanan ibu selalu...:)

No comments:

Post a Comment