Monday 2 May 2011

KEMPEN JOM PAKAI TUDUNG!!

Salam....

Hai!! Hai!! Hai!!
Hari ni saya ingin berkempen...
bukan kempen politik tau!!
bukan kempen alam sekitar...
tapi kempen 'JOM PAKAI TUDUNG'...



Memang cantik bila bertudung...tapi pastikan dengan tertib dan niatnya ^___^
Oh ya! saya ingin kongsikan sesuatu tentang bertudung ni...


V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalam www.islamonline.net/english/Science.
Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".


Sahabat-sahabat,kita sebenarnya telah berjaya membebaskan diri kita daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet semata-mata ingin menunjuk-nunjuk dan menarik perhatian mereka yangg berlawanan jantina dengan kita. Dalam konteks jangka masa panjang, apabila kaum lelaki melihat dengan lebih mendalam (mendasari pemakaian seksi, ketat, mengancam ) mereka akan menyedari terdapat perasaan terdesak dalam keadaan tersebut untuk mendapatkan perhatian...
Jadi..


Kita mestilah berbangga dengan apa yang kita miliki kerana kita tidak terperangkap dalam situasi ini...Mari berlapang dada...Allah lebih mengetahui yg terbaik buat hamba-Nya.
Maka..

Janganlah sahabat-sahabat risau dengan keadaan pemakaian kita yang dikatakan kolot, poyo, konservatif dan sebagainya kerana kita dipihak yang benar.

Ikhlaskan niat, terus beramal. ^_____^

1 comment: